KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan lima kawasan baharu terjejas dengan wabak anjing gila atau rabies, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan positif wabak tersebut meningkat kepada 41 kawasan di negeri itu. Sekretariat JPBN Sarawak, dalam kenyataan, menyebut lima kawasan baharu itu yang terjejas ialah Jalan Teng Chin Hua di Sibu, Jalan Kilang di Bintangor Meradong (Sarikei), Jalan Airport Lama di Kapit, Piasau Jaya di Miri dan…










