KOTA KINABALU 16 Sept. – Sambutan Hari Malaysia di bandar raya ini dicemari dengan insiden demonstrasi oleh sekumpulan aktivis muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Pandang Ke Sabah’. Perhimpunan tersebut yang diadakan di Lintasan Deasoka di Jalan Gaya pada pukul 8.30 pagi dicemari dengan pergelutan antara para peserta dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Pergelutan tersebut berlaku selepas anggota penguat kuasa cuba meleraikan perhimpunan berkenaan, namun tidak dipatuhi…










