Ronaldo ‘bebas’ menentang Manchester United - Utusan Malaysia

Ronaldo ‘bebas’ menentang Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland 27 Sept. – Cristiano Ronaldo hanya digantung satu perlawanan selepas menerima kad merah pertamanya dalam Liga Juara-Juara minggu lalu, dan itu bermakna dia bebas untuk berdepan bekas pasukannya, Manchester United di Old Trafford pada 23 Oktober.

Penyerang Portugal itu dilayangkan kad merah kontroversi ketika membantu Juventus mengalahkan Valencia 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, 20 September lalu.

Dia didakwa menarik rambut pertahanan lawan, Jeison Murillo selepas pemain itu terjatuh dalam kotak penalti ketika kedua-dua mereka bersaing merebut bola.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini adalah kad merah pertama diterima Ronaldo sepanjang 15 tahun kariernya di pentas elit Eropah.

Ronaldo bakal terlepas pertemuan menentang kelab Switzerland, Young Boys di Turin, Rabu ini tetapi akan kembali ke stadium yang pernah menjadi ‘rumahnya’, Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini