KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian meningkat disebabkan harga minyak yang lebih tinggi. Pada pukul 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1390/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1420/1470 semasa ditutup semalam. Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, walaupun unit tempatan dibuka tinggi, pelabur terus berhati-hati berhubung kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). “Pelabur memberi…










