3,682 titik panas banjir dikenal pasti seluruh negara

3,682 titik panas banjir dikenal pasti seluruh negara

FADILAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 3,682 titik panas banjir dikenal pasti di seluruh negara berdasarkan rekod kejadian sekurang-kurang­nya tiga kali dalam tempoh tiga tahun terkini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Pahang mencatatkan jumlah titik panas tertinggi iaitu 760 lokasi, diikuti Kelantan (618) dan Sabah (517).

Katanya, data titik panas menjadi rujukan penting bagi orang awam mengenal pasti kawasan berisiko tinggi manakala ke­siapsiagaan operasi pengurusan risiko banjir diperkukuh sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka ber­akhir bulan ini.

“Sehingga 17 Mac 2026, sebanyak 745 kejadian banjir direkodkan di seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, pelbagai langkah strategik dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum termasuk pemantauan ramalan dan amaran banjir 24 jam melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

Beliau memaklumkan setakat ini, 64 hebahan ramalan awal dan 39 hebahan amaran banjir telah dikeluarkan manakala 614 siren amaran dan 197 kamera pemantauan dipasang di lokasi strategik untuk memantau serta menyampaikan maklumat awal kepada penduduk.

“Sehingga 16 Mac 2026, seba­nyak 675 pengaktifan siren ama­ran banjir direkodkan sebagai langkah awal kepada penduduk di kawasan berisiko,” ujarnya.

Fadillah berkata, sebanyak 606 pam mudah alih, 1,079 pintu kawalan air serta 285 rumah pam berada dalam keadaan baik dan bersedia digunakan.

Pemantauan rapi juga dilaksanakan terhadap 16 empangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta 761 kolam takungan banjir selain kerja penyelenggaraan di lembangan sungai berisiko tinggi dan penyela­rasan prosedur operasi stan­dard (SOP) pelepasan air empa­ngan bersama pihak berkuasa ne­geri.

Sehubungan itu, Fadillah me­­nasihatkan orang awam agar sentiasa mengikuti maklumat rasmi melalui laman web Public Infobanjir serta aplikasi MyPublicInfoBanjir dan menegaskan kerajaan kekal komited me­laksanakan pengurusan risiko banjir secara efisien, terselaras dan berkesan demi keselamatan rakyat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN