KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos. Pada pukul 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam. Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata data IHP bagi Ogos dijangka meningkat sebanyak 1.5 peratus yang turut mencetuskan minat kalangan pelabur. Namun, walaupun ringgit boleh mencecah paras lebih tinggi…










