Ribut: 38 sekolah di Perlis alami kerosakan - Utusan Malaysia

Ribut: 38 sekolah di Perlis alami kerosakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Sebanyak 38 buah sekolah di Perlis mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda negeri ini malam tadi.

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Sharifah Azatul Imma Syed Aziz berkata, semua sekolah termasuk 14 sekolah menengah adalah di kawasan Kangar dan Kuala Perlis.

“Kebanyakkan sekolah alami kerosakan selepas atap tercabut dan perabot rosak. Semua guru dan pelajar diarahkan duduk di tempat selamat di samping guru turut diarah mengawasi kawasan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini, hari ini.

Sharifah Azatul Imma berkata, terdapat pokok besar tumbang di beberapa sekolah, namun tiada kerosakan serius dilaporkan dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

ribut perlis
Keadaan bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis yang tercabut akibat ribut.

 

Menurutnya, semua pelajar dan guru di semua sekolah terbabit meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

“Buat masa ini jumlah terperinci berkenaan kerugian sedang disiasat dan akan terus dihantar ke Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN