Raja Muda Perlis wakil Raja Perlis persembah darjah kebesaran - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis wakil Raja Perlis persembah darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat mewakili Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi mempersembahkan darjah kebesaran ‘Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (D.K.)’ kehadapan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam satu majlis yang diadakan di Balai Menghadap Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur tengahari tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengelola Bijaya Diraja Negeri Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Sultan Sallehuddin mendahului senarai 298 penerima darjah serta pingat kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-75 pada tahun ini yang disambut pada 17 Julai lalu.
Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (D.K.) dizahirkan pada 21 September 1965. Darjah ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana dikurniakan kepada DYMM Raja-Raja, Kerabat-Kerabat DiRaja Perlis yang kanan serta pihak-pihak tertentu atas limpah perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN