BUKAN suatu yang rahsia lagi bahawa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL berada dalam kem Mohd. Rafizi Ramli yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu. Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tanpa berselindung menyatakan Mohd. Rafizi lebih layak untuk jawatan nombor dua dalam parti, bukan sahaja kerana mempunyai idea-idea baharu, malah atas peranan besar yang dimainkan sehingga membawa kepada kemenangan dalam…










