GLASGOW: Pengurus Scotland, Steve Clarke mengakui berasa kecewa apabila pasukannya tewas 0-1 kepada Jepun, kelmarin meskipun mereka hampir menamatkan aksi persahabatan itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Itu merupakan aksi pertama Scotland sejak menamatkan penantian 28 tahun layak ke Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan apabila gawang mereka dibolosi ketika permainan berbaki enam minit hasil jaringan Junya Ito.
“Kehilangan gol itu sangat mengecewakan. Pada ketika itu, perlawanan kelihatan seperti akan berakhir seri tanpa jaringan,” kata Clarke.
Dalam aksi tersebut, Jepun merehatkan beberapa pemain utama termasuk Ito yang diturunkan sebagai pemain gantian sebagai persiapan menghadapi England, Selasa ini.
Tuan rumah dihidangkan peluang terbaik pada 10 minit pertama namun percubaan Scott McTominay berjaya diselamatkan cemerlang oleh Zion Suzuki.
Scotland gagal mencatat kemenangan dalam aksi persahabatan di laman sendiri sejak 10 tahun lalu. – AFP/UTUSAN










