Dua wanita Israel diarah keluar dari Malaysia

Dua wanita Israel diarah keluar dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wanita warga Israel dihalang daripada memasuki negara ini selepas tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu lepas.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, kedua-dua individu berkenaan tiba di KLIA 2 untuk tujuan transit se­belum meneruskan perjalanan ke Manila, Filipina.

Bagaimanapun, setibanya di pintu masuk negara, kedua-duanya telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) oleh pihak berkuasa mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Masing-masing telah dike­nakan NPM mengikut proses biasa dan kemudiannya te­lah dihantar balik ke lokasi pelepasan terakhir mereka ia­itu di Phuket, Thailand.

“Proses penghantaran pulang dilakukan pada petang hari yang sama, iaitu Rabu lalu,” katanya dalam kenya­taan kepada Utusan Malaysia semalam.

Difahamkan, kedua-dua wa­­nita tersebut memulakan perjalanan dari Phuket ke KLIA Terminal 2 dengan menai­ki penerbangan AirAsia.

Mereka dijadualkan menu­kar penerbangan ke Mani­la dengan menggunakan per­khid­matan syarikat penerbangan Cambodia Airlines sebelum tindakan menghalang kemasukan itu diambil pihak berkuasa.

Tindakan tegas itu mencerminkan komitmen agensi ke­se­lamatan sempadan negara dalam memastikan prosedur kemasukan warga asing dipa­tuhi sepenuhnya selaras de­ngan dasar kedaulatan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×