RENNES – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel mengakui teruja dengan aksi para pemainnya apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ketika berdepan Rennes di Stadium Roazhon Park kelmarin. Jaringan sendiri Adrien Rabiot pada awal perlawanan berjaya meletakkan pasukan tuan rumah di depan sebelum Angel Di Maria, Thomas Meunier dan Eric Maxim Choupo-Moting masing-masing menyumbangkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan PSG ketika bertandang ke tempat lawan. Kemenangan tersebut menunjukkan PSG kini cukup…










