Projek Hospital Seri Iskandar diutamakan - Utusan Malaysia

Projek Hospital Seri Iskandar diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Sept. – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan Hospital Seri Iskandar kerana projek itu melibatkan kepentingan rakyat.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, biarpun kedudukan kewangan negara berdepan situasi mencabar, pihaknya bagaimanapun perlu memberi keutamaan kepada beberapa projek kerajaan negeri.

“Jadi, apa-apa yang berkaitan dengan orang ramai seperti hospital, jalan raya dan sekolah, itulah projek yang diutamakan.

“Kita akan kaji semula (projek yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu), sekiranya ia kritikal dan perlu diteruskan, kita bincang sekali dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan kerana tumpuan kita ialah rakyat diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sementara itu, Baru memberitahu, Projek Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN