HONG KONG 19 Sept. – Seorang Profesor warga Malaysia dihukum penjara seumur hidup di sini setelah didapati bersalah membunuh isteri dan anak perempuannya menggunakan bola yoga mengandungi karbon monoksida yang diletakkan dalam kereta mereka. Khaw Kim-sun, 53, yang juga pakar anestesiologi, menggeleng-geleng kepala dan memandang ke arah tiga lagi anaknya yang duduk dalam Mahkamah Tinggi ketika keputusan dibacakan kepadanya, lapor stesen televisyen RTHK. Anak perempuan sulungnya dilihat menangis teresak-esak ketika…










