SHAH ALAM – Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini menyaksikan hanya 77 peratus pengundi keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah tersebut dicatatkan selepas kedua-dua pusat pengundian awal yang dibuka ditutup. “Dua pusat yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Tentera Udara Subang untuk anggota tentera dan pasangan serta Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) Polis…










