Norris kecewa udara kotor jejas peluang di Suzuka

Norris kecewa udara kotor jejas peluang di Suzuka

LANDO Norris-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA: Pelumba McLaren, Lando Norris mengakui faktor udara kotor menjadi penghalang utama untuknya meraih keputusan lebih baik pada Grand Prix (GP) Jepun, minggu lalu.

Juara dunia bertahan itu menamatkan perlumbaan di tempat kelima di Litar Suzuka selepas berjaya memintas Lewis Hamilton dari Ferrari dalam pertarungan sengit di penghujung saingan.

Norris ketinggalan 10 saat di belakang rakan sepasukannya, Oscar Piastri yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus menghadiahkan keputusan terbaik McLaren musim ini.

Menurut Norris, dia kehilangan banyak masa apabila terperangkap di belakang pelumba lain, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk mencabar kelompok hadapan.

“Ia perlumbaan yang baik tetapi mungkin boleh jadi lebih baik. Saya banyak berada dalam ‘udara kotor’ dan itu menyukarkan saya untuk memintas,” katanya.

Norris turut menjelaskan kelebihan udara bersih di Suzuka amat ketara apabila dia mencatat peningkatan masa pusingan dengan ketara sebaik sahaja berjaya memintas Hamilton.

Keputusan GP Jepun memberi nafas baharu buat McLaren selepas permulaan musim yang kurang memberangsangkan dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia.

Dengan saingan seterusnya di Miami pada 3 Mei ini selepas beberapa perlumbaan dibatalkan, Norris optimis McLaren mampu terus memperbaiki prestasi.

“Kami berada di landasan yang betul. Masih ada perkara yang perlu diperbaiki tetapi ini satu perkembangan positif untuk pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN