Premis makanan lebih bersih tanpa perokok - Utusan Malaysia

Premis makanan lebih bersih tanpa perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Tindakan Kementerian Kesihatan mewartakan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat dapat meningkatkan tahap kebersihan kawasan tersebut.

Peniaga, Azman Aziz, 38 memberitahu, dia menyambut baik cadangan kerajaan kerana yakin langkah itu dapat memberi keselesaan kepada pe­langgan lain yang ingin menjamu selera.

“Saya setuju dengan cadangan itu memandang­kan setiap hari gerai akan dipenuhi puntung dan abu rokok yang dibuang di bawah meja sekali gus mengotorkan lantai serta persekitaran.

“Kami hanya mampu me­lihat pelanggan me­rokok. Nak tegur segan, kami sebagai peniaga risau jika teguran itu akan mengguris hati mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye mengumumkan bahawa semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok mulai Disember ini.

Boon Chye berkata, langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan lara­ngan merokok di bawah Pe­raturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Bagi, Nur Saiyidah Shamsudin, 26, cadangan itu amat menggembirakan ke­rana per­sekitaran dapat di­ke­kalkan bersih jika tidak ada yang merokok.

Peniaga di Me­dan Selera Bandar Sri Permaisuri itu berkata, asap rokok bukan sahaja menyebabkan pe­langgan berasa tidak selesa ma­lah mereka yang berniaga di situ sepanjang hari juga merasakan perkara sama.

“Pelanggan tidak pernah me­ngadu kepada ka­mi tetapi reaksi mereka sehingga sanggup tukar me­ja jelas me­nunjukkan asap rokok menganggu mereka ketika mahu menikmati makanan,” ujar­nya.

Sementara itu, Setiausaha Persa­tuan Penjaja Me­dan Selera Ban­dar Sri Permaisuri, Abdul Salam Awang, 63 berpendapat, kerajaan perlu menyediakan tempat khas bagi perokok tegar melepaskan gian.

“Saya bersetuju dengan perkara tersebut namun ia dilihat tidak adil kepada golongan yang merokok. Agak sukar bagi mereka untuk mengikut pe­raturan jika tidak disediakan tempat khas.

“Pendedahan secara lebih meluas juga diadakan agar tidak lagi kedengaran alasan orang ramai yang tidak tahu premis makanan sudah dijadikan tempat dilarang merokok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN