Politik Pas bawa perpecahan orang Melayu, bukannya Islam - Mahathir - Utusan Malaysia

Politik Pas bawa perpecahan orang Melayu, bukannya Islam – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Politik parti Pas yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, perbuatan Pas itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.

“Hanya apabila Pas ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga Pas juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang ‘kafir’,” katanya menerusi catatan terkininya di blog Chedet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas mendakwa parti itu tidak jadi ‘kafir’ meskipun bekerjasama dengan parti ‘kafir’ kerana kerjasama tersebut adalah “Tahaluf Siyasi”. 

“Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke Bahasa Melayu? Maknanya ialah “kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini