KLANG 21 Sept. – Polis mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes samun kilang dan melarikan senjata api jenis senapang angin (pump gun) milik pengawal keselamatan dalam kejadian di Kampung Telok Gong pada Mei lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek dikenali sebagai ‘Bob Marley’ berusia awal 30-an tahun. Menurutnya, suspek ialah rakan jenayah seorang lagi suspek yang berjaya ditahan di Kampung…










