Tuntutan DAP gagal sebab UMNO dalam kerajaan.

Tuntutan DAP gagal sebab UMNO dalam kerajaan

HASNAL REZUA MERICAN HABIB MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO berperanan sebagai benteng dalam kerajaan bagi mempertahankan segala perjuangan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, malah peranan yang dimainkan UMNO berjaya apabila tuntutan DAP dalam melibatkan beberapa isu dapat dipatahkan.

Malah katanya, UMNO perlu berbangga dengan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekang segala tuntutan yang pernah dibuat DAP.

“Tuntutan DAP hanya untuk menjustifikasi kedudukan mereka sebagai parti yang mewakili kaum Cina dan India terbesar.

“Tapi ini bukan bermakna DAP buat saja tuntutan, UMNO gagal sebab sejak jadi penjilat DAP, UMNO tidak berani lawan. UMNO tugasnya jadi benteng dalam kerajaan kepada perjuangan orang melayu yang ada. Sebab itu apabila DAP buat tuntutan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, adakah UMNO izinkan? katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasnal Rezua berkata, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang dipecat dan meninggalkan UMNO cuba meracuni pemikiran orang Melayu yang tidak begitu kritikal dan analitikal dalam isu politik termasuk berkaitan UMNO.

“Mereka dakwa konon UMNO terbahagi kepada dua kumpulan macam KFC. Ada ori dan ada hot and spicy. NO DAP no Anwar itu ori, yang ada dalam jawatan yang itu hot n spicy dipanggil UMDAP. Yang bawa naratif ini kononnya bijak pandai.

“Yang rajin sebut UMDAP ini dua bekas pemimpin Isham Jalil dan Tun Faisal Ismail Aziz. Tapi bila jawab hujah Isham, dia sekat saya dan padam komen saya,” katanya.

Justeru Hasnal Rezua menyifatkan kedua-dua bekas pemimpian UMNO berkenaan sebagai individu yang tidak mendapat jawatan dalam kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN