SAUDARA PENGARANG, Pihak kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan memisahkan Pejabat Pendakwa Raya dengan Jabatan Peguam Negara bagi memastikan proses pendakwaan jenayah dapat dilakukan dengan lebih adil, bebas daripada campur tangan politik serta yang paling penting mendapat keyakinan orang ramai. Pada masa ini, Peguam Negara adalah juga Pendakwa Raya dan ini membangkitkan kerisauan dan kewibawaan terhadap pihak berkenaan bagi memastikan keadilan jenayah dikuatkuasakan secara adil dan saksama. Seperti sedia maklum, pihak Peguam…










