TAPAH 18 Sept. – Kehadiran ibu yang sudah enam bulan tidak ditemui menjadi pembakar semangat buat Farhana Nabila Mohd. Shamsudin untuk meraih pingat emas bersama rekod Sukan Malaysia (Sukma) dalam acara angkat berat wanita bawah 69 kilogram, hari ini. Lebih manis lagi, kejayaan atlet kelahiran Kedah itu di Dewan Merdeka hadir pada hari lahirnya yang ke-20, sekali gus menjadi hadiah paling istimewa. Rekod dan emas pertama Farhana Nabila hadir dalam…










