Pewangi kenderaan logo UMNO tarik perhatian pengunjung - Utusan Malaysia

Pewangi kenderaan logo UMNO tarik perhatian pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Kemunculan pewangi kenderaan berlogo UMNO di tapak jualan Persidangan Agung UMNO 2018 menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Jurujualnya, Shah Adam, 30, berkata, kemunculan wangian bersama logo parti keramat tersebut adalah satu inisiatif Ketua Pemuda Bahagian Selayang sendiri.


“Sebenarnya ini adalah usaha Ketua Pemuda kami untuk mengumpul dan menambah dana tabung pemuda bagi memudahkan apa-apa aktiviti seperti mesyuarat dan lain-lain.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dah buka gerai sejak dua hari lepas, syukur produk ini mendapat sambutan baik dan insha-Allah hari ni makin laku sebab hari ni orang makin ramai,”katanya ketika ditemui di tapak jualan Persidangan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Produk wangian ini boleh didapati di gerai bernombor 45, oyang akan dibuka sehingga tamat persidangan esok.


Tambah Adam, wangian kenderaan itu tampil dengan 19 jenis bau berbeza-beza dan hanya dijual dengan harga RM10. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini