Perluas laluan bas pengantara - Utusan Malaysia

Perluas laluan bas pengantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 13 Sept. – PERKhidmatan bas pengantara Transit Aliran Massa (MRT) diperkenalkan kepada orang ramai bertujuan memudahkan pengguna pengangkutan awam untuk berulang alik meliputi kawasan sekitar 10 kilometer dari setiap stesen.

Rapid Bus merupakan syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengoperasikan perkhidmatan bas perantara MRT ini.

Berdasarkan konsep ‘first and last mile’, bas perantara itu akan melalui kawasan perumahan sekitar 10 kilometer (km) dari setiap stesen dengan jarak keseluruhan laluan kira-kira 256.3 km.

Kekerapan kemudahan ini adalah setiap 10 hingga 15 minit dengan kadar tambang RM1 di 26 stesen bas terpilih.

Kawasan berkenaan dipilih atas faktor lokasi iaitu di kawasan luar bandar, selain mempunyai permintaan daripada orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen MRT Kajang dan Sungai Buloh baru-baru ini mendapati rata-rata pengguna yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja swasta berpuas hati dengan kemudahan disediakan sejak lebih setahun itu.

Bagaimanapun mereka berharap bilangan bas dan laluan bas ditambah berbanding 10 km dari stesen ketika ini.

Pengguna turut berharap operasi kemudahan itu dapat diperluaskan terutama ke kawasan-kawasan pinggir bandar seperti Puchong, Ra­wang dan Bukit Beruntung, Hulu Selangor bagi menggalakkan dan memudahkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN