Perlu mekanisme Petronas tidak ‘dibunuh’ - Utusan Malaysia

Perlu mekanisme Petronas tidak ‘dibunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 17 Sept. – Perkara utama harus diambil kira berkaitan isu pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada setiap negeri adalah mencari mekanisme pembayaran yang sesuai.

Perdana Menteri, Tun Dr. Ma­­­hathir Mohamad berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak ‘terbu­nuh’ di­se­bab­kan perlu membayar royalti.

“Kita tidak mahu membunuh Petronas, kalau keluarkan seba­nyak 40 peratus kos opera­si, Petronas akan kehilangan wa­ng, Petronas ialah syarikat minyak milik negara yang amat unik kerana terlibat meneroka minyak, pembangunan produk serta penglibatan dalam petrokimia sehingga seluruh dunia me­minta Petronas melakukan kerja di negara mereka.

“Kalau hanya guna Petronas untuk mengutip royalti, maka ki­ta akan kehilangan wang, na­mun pada masa sama, kita me­rasakan ada keperluan untuk mengkaji balik pembayaran ro­yalti sebanyak lima peratus daripada kos operasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Kabinet Sabah di sini hari ini.

Tambah beliau, tanggungjawab sebagai kerajaan Persekutuan adalah demi memastikan kesemua negeri dan wilayah mendapat layanan yang adil dan sama rata.

“Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada ke­semua negeri dan ada di antara negeri yang tidak membayar balik. Pinjaman tidak berbayar (non-performing loans) boleh mengakibatkan negara kita ban­krap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN