KESATUAN Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa kerajaan baharu Pakatan Harapan memberikan fokus kepada isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh kaum pekerja dalam industri penerbangan di dalam negara. Sudah hampir enam tahun berada dalam industri ini, NUFAM telah bergiat aktif dalam pelbagai isu berkaitan pekerja. Untuk makluman, selain menyentuh hal ehwal pekerja NUFAM turut terlibat dalam isu-isu polisi industri penerbangan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan NUFAM telah berjaya menjadi…










