IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memperkenalkan modul poligami sebagai langkah untuk memberi penerangan tentang tanggungjawab dan persediaan kehidupan berpoligami. Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, modul poligami itu tidak bermaksud untuk menggalakkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Katanya, modul itu lebih menjurus kepada aspek pencerahan mengenai poligami yang dibenarkan mengikut situasi tertentu dalam hukum syarak. Beliau berkata, persediaan berpoligami dan undang-undang berkaitan yang terkandung dalam modul itu…










