FARO, Portugal 7 Sept. – Pertahanan Portugal, Pepe menjadi penyelamat apabila tandukannya membolehkan pasukannya mengikat Croatia 1-1 dalam penampilan ke-100 pemain itu sewaktu aksi persahabatan, hari ini. Dalam perlawanan tersebut Croatia berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi Ivan Perisic pada minit ke-18 hasil rembatan kencang yang menembusi pertahanan Portugal. Bagaimanapun penguasaan Croatia tidak bertahan lama apabila Pepe dapat menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu. “Saya terlalu gembira dan bersyukur dengan peluang…










