KOTA BHARU 19 Sept. – Lebih 50 peratus iaitu 20 daripada 37 buah penjara di negara ini sesak dengan jumlah keseluruhan banduan setakat ini sebanyak 61,000 orang. Nadzri Siron Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, sebahagian penjara mengalami lebihan kapasiti antara 40 sehingga 50 peratus manakala Penjara Pengkalan Chepa merupakan penjara paling sesak dengan banduan lebih 2,900 orang iaitu sekali ganda daripada jumlah sepatutnya.…










