KUALA LUMPUR 25 Sept. – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membantu menguruskan rumah persundalan dan membenarkan tiga wanita warga Vietnam tinggal di premis tersebut, minggu lalu. Mengikut pertuduhan, Siew Fook Chong, 39, didakwa membantu mengurus rumah persundalan di Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas di sini pada pukul 11.30 malam, 11 September lalu. Penjaga premis itu didakwa mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun…










