Pengguna disaran guna tiga laluan alternatif menuju USJ - Utusan Malaysia

Pengguna disaran guna tiga laluan alternatif menuju USJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencadangkan tiga laluan alternatif menuju USJ, Subang Jaya ekoran penutupan jalan dari arah Klang di Persiaran Kewajipan yang bermula pada 18 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, tiga laluan alternatif itu adalah dari Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) melalui Kelana Link menuju Bulatan Kewajipan dan Persiaran Tujuan sehingga USJ.

“Sementara laluan kedua pula ialah dari Lebuhraya Baru Pantai (NPE) melalui Persiaran Tujuan ke USJ.

“Laluan ketiga kenderaan dari Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah Kuala Lumpur ke susur pertama USJ 1 terus ke Persiaran Subang Mewah sehingga Persiaran Subang Indah sebelum tiba di USJ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan laluan alternatif itu bertujuan melancarkan perjalanan pengguna jalan raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN