KUALA LUMPUR 5 Sept. – Seorang pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dihukum penjara sehari dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan penyataan palsu berhubung pembayaran projek ICT, lapan tahun lalu. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairuzaki Mohamad Yunus, 40, selepas dia mengaku memberi kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Dana, Suhaimi Hamzah dengan niat…










