KUALA LUMPUR 18 Sept. – Proses pemilihan atlet ke Sukan Olimpik dan Sukan Asia perlu diperketatkan selepas menilai prestasi yang diraih oleh kontinjen negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan lalu. Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, badan sukan tersebut akan menubuhkan Jawatankuasa Penilai Bebas yang dipengerusikan bekas jaguh pecut negara, Tan Sri Dr. M. Jegathesan dalam usaha memperkasakan sistem pemilihan atlet ke temasya sukan akan datang.…










