Pemerkasaan EAIC kepada IPCMC komitmen tegas kerajaan perangi rasuah - Utusan Malaysia

Pemerkasaan EAIC kepada IPCMC komitmen tegas kerajaan perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Pemerkasaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjadi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sejajar dengan komitmen tegas kerajaan memerangi gejala rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik.

Perubahan ini sebenarnya dilaksanakan selepas banyak laporan awam melibatkan salah laku polis diterima, katanya pada sambutan Pesta Kuih Bulan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batu Sapi dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesta itu diadakan di perkarangan Pasar Umum Taman Mawar dirasmikan oleh Presiden MPS, Datuk Peter Hii Chang Lik.

Vui Keong, yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, kerajaan persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) menjadikan pencegahan rasuah satu daripada elemen yang penting bagi memastikan kesejahteraan negara terjamin. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini