Pemegang lesen memandu terbang diminta serah diri - Utusan Malaysia

Pemegang lesen memandu terbang diminta serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Sept. – Kira-kira 14,000 lesen memandu terbang dipercayai telah dikeluarkan oleh satu sindiket yang terdiri daripada 12 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh dua tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sindiket berkenaan telah memanipulasikan sistem JPJ menerusi Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara bagi mengeluarkan lesen-lesen memandu terbang berkenaan yang dijual antara harga RM2,000 sehingga RM3,500.

Katanya, sehingga kini, seramai 12 pegawai dan anggota JPJ telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pembabitan dalam sindiket tersebut namun beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai terlibat.

“Kita mengesyaki lebih 14,000 lesen memandu terbang telah dikeluarkan tetapi kita beri mereka peluang kepada mereka yang mengambilnya untuk tampil ke hadapan dalam tempoh sebulan ini dan menjadi saksi pendakwaan.

“Kalau selepas sebulan, mereka tidak tampil  ke hadapan, kita ambil tindakan yang mana jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, mereka boleh dikenakan hukuman minima RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN