JOHOR BAHRU – Dua pembuli jalan raya sedang diburu polis selepas disyaki menikam dan memukul seorang pegawai pemasaran yang memandu kereta mewah jenis Ferrari dalam kejadian di Jalan Dato’ Abdullah Tahir di sini pada Ahad lalu. Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan pada lengan sebelah kiri, perut dan badan selain mengalami kesakitan kepala. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais…










