PENGENDALI skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim menegaskan, perjuangan pasukannya untuk mara ke saingan suku akhir belum berakhir meskipun bakal berdepan laluan sukar selepas tewas 2-4 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. Selepas tewas kepada skuad kendalian Thongchai Rungreangleas itu, Malaysia perlu berdepan laluan berliku menentang Jepun esok bagi merintis laluan ke suku akhir…










