JARANG sekali anak muda mahu mewarisi dan meneruskan kerja-kerja seni kraf tangan warisan nenek moyang. Rata-rata mereka memilih berhijrah ke ibu kota mencari pekerjaan yang dianggap serasi dengan jiwa mereka. Namun, tidak bagi Said Pawel, 35. Dia memilih untuk meneruskan legasi keluarganya yang menghasilkan parang Bajau yang juga merupakan identiti penduduk Kampung Siasai Jaya, di Kota Belud, Sabah. “Bukan saya sahaja malah adik-adik lelaki, sepupu serta hampir 90 peratus anak…










