Pelancaran rasmi RFID suku pertama 2019 - Utusan Malaysia

Pelancaran rasmi RFID suku pertama 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) oleh Touch ‘n Go Sdn. Bhd. bakal dilancarkan secara rasmi kepada orang ramai menjelang suku pertama 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin berkata, pihaknya sebelum ini telah melancarkan fasa percubaan RFID pada 8 Ogos lalu dan menyaksikan sambutan positif dalam kalangan pengguna.

Katanya, pendaftaran bagi fasa percubaan telah ditutup dan pendaftaran akan dibuka semula selepas ia dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

“Buat masa ini, kami sedang mengumpul pelbagai maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar pada fasa percubaan untuk menambah baik ciri-ciri RFID,” katanya kepada pemberita sempena Hari Media RFID di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN