Pelan pascabayar MUKMIN50 untuk penjawat awam, kakitangan GLC di bawah Angkasa - Utusan Malaysia

Pelan pascabayar MUKMIN50 untuk penjawat awam, kakitangan GLC di bawah Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Red One Network Sdn. Bhd. (redONE) dengan kerjasama MyAngkasa Amanah Bhd. dan MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. (MyKhairat) hari ini melancarkan pelan pascabayar baharu khusus untuk penjawat awam dan kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (GLC) yang berdaftar di bawah Angkasa, MUKMIN50.

Pengasas redONE, Ben Teh berkata, MUKMIN50 menawarkan satu pelan pascabayar khas yang menggabungkan bersama perlindungan insurans pada harga mampu milik serta ciri-ciri penting talian telekomunikasi seperti kuota data yang tinggi dan panggilan tanpa had. 

Katanya, pelan pascabayar MUKMIN50 yang berharga RM50 sebulan dilengkapi dengan 15 gigabait data 4G LTE dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian.

“Antara faktor istimewa MUKMIN50 juga adalah Khairat Premium yang bernilai sehingga RM12,100. Penjawat awam dan kakitangan GLC yang berdaftar dengan pelan ini tidak perlu bimbang tentang bil bulanan kerana ia akan ditolak terus dari gaji bulanan mereka menerusi Sistem Potongan Gaji Angkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani MoU antara redONE, MyAngkasa Amanah dan MyKhairat di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN