SEREMBAN 5 Sept. – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Sendayan di sini meninggal dunia akibat serangan jantung semasa bermain bola sepak di padang sekolah itu semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, Mohammad Fais Ali Ahmad, 16, tiba-tiba rebah di atas padang dan diberi bantuan pernafasan oleh guru sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan…










