IPOH – Seorang lelaki maut ketika melintas jalan selepas dilanggar sebuah motosikal di Jalan Tambun di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang tidak bekerja berusia 48 tahun berasal dari Taman Seri Tambun di sini itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Modenas Kriss berusia…










