KUALA LUMPUR 20 Sept.- Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah di Jalan Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, dekat sini hari ini. Dalam tangkapan 3.20 pagi itu, suspek berusia 37 tahun itu juga dipercayai positif dadah jenis methamphetamine. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek pada mulanya ditahan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dari Ibu pejabat Polis Daerah…










