KUALA LUMPUR 13 Sept.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran seramai 10 pegawai kanannya yang akan berkuatkuasa 15 Oktober ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman. Menurut beliau, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan…










