MARANG 26 Sept. – Pas mengotakan janjinya untuk tidak membiarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerusi Parlimen Port Dickson tanpa dicabar dengan mengumumkan akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka diadakan pada 13 Oktober depan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan rundingan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan beliau malam ini. Katanya, sebagai parti yang mendukung demokrasi,…










