KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Pas akan membawa isu-isu besar yang dibangkitkan dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-64 bagi diperincikan dalam pemukiman barisan kepimpinan parti itu kelak. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu penting bagi memuktamadkan keputusan dan pendirian parti terutama berkait kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Katanya, pemukiman itu dijangka dilakukan dalam tempoh dua bulan lagi. “InsyaAllah jalan selepas…










