PEMAIN pertahanan Selangor, Willian Pacheco mengakui berasa gugup untuk berdepan Persija Jakarta dalam aksi persahabatan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Surabaya, Indonesia malam ini. Ini kerana Persija merupakan bekas pasukannya sebelum pemain import dari Brazil itu menyertai Selangor. Pacheco sebelum ini beraksi selama dua tahun bersama Persija dan telah melakukan 60 penampilan serta menjaringkan lima gol untuk pasukan yang berpangkalan di Jakarta itu sebelum membuat keputusan beralih angin ke Liga Malaysia (Liga M) musim ini. “Saya mula rasa gugup untuk kembali berdepan bekas pasukan bagi aksi persahabatan kedua Selangor di Indonesia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya