Orang Asli terdedah penyakit kronik - Utusan Malaysia

Orang Asli terdedah penyakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 24 Sept. – Cara hidup semakin moden dan amalan pemakanan yang sudah berubah antara punca ma­syarakat Orang Asli terdedah kepada penyakit kronik sejak kebelakangan ini.

Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Yusmina Mohd. Yusof berkata, jika dahulu penyakit kronik seper­ti darah tinggi dan diabetes sukar dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli, namun kini sebaliknya apabila pe­nyakit itu dikesan pada lewat umur 20-an.

Katanya, melalui tinjauan secara umum, penyakit kronik itu boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

“Sebagai contoh, kita melihat perubahan cara hidup moden di Pos Hendrop apabila pekerjaannya lebih baik dan mereka semakin kurang melakukan aktiviti tradisional seperti masuk hutan dan berburu.

“Amalan pemakanan mereka juga mungkin sudah mula berubah apabila makan benda tidak berkhasiat yang mengandungi kandungan lemak yang banyak dan meminati makanan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Ekspedisi Cakna Bersih dan Sihat Masyarakat Orang Asli Pantai Timur 2018 (CBS 3.0) di Pos Hendrop di sini hari ini.

Sempena program itu pelbagai aktiviti dijalankan pelajar UniSZA bersama masyarakat Orang Asli termasuklah rawatan kesihatan.

Yang turut hadir ialah Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan UniSZA, Prof. Dr. Ramlee Abdullah.

Mengulas lanjut, Yusmina ba­gaimanapun berkata, ma­syarakat Orang Asli di Pos Hendrop semakin prihatin dengan tahap kesihatan apabila mereka tidak perlu menunggu pesakit untuk datang membuat rawatan dan bekalan ubat yang dibawa pihak­nya juga kehabisan.

Katanya, masyarakat Orang Asli dilihat sudah tidak takut dengan ubat-ubatan dan jarum suntikan.

“Sempena program ini kita turut mengajar mereka tentang kebersihan diri seperti menggosok gigi, membersihkan ta­ngan dan kaki supaya jangkitan penyakit kepada kanak-kanak dapat dielakkan.

“Kami turut membawa sa­bun, ubat gigi dan melatih pelajar membuat demonstrasi me­ngajar anak Orang Asli,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN