SHAH ALAM – Seorang operator kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal maut selepas dipanah petir di Kilometer 27, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang, mangsa, Wan Mohmad Rusdi Wan Rusli, 28, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Banting, dekat sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner…










