Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada hujung minggu lalu memberi kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti. Seperti kelaziman cuti-cuti yang agak panjang, jalan-jalan raya termasuk lebuh-lebuh raya berubah menjadi sesak membuatkan perjalanan ke sesuatu destinasi menjadi lebih panjang terutama kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Antara lokasi tumpuan tersebut ialah Cameron Highlands, Pahang dan bandar raya Melaka yang sesak teruk dengan kehadiran ribuan pengunjung. Kedua-dua lokasi tersebut…










